Skip to main content

Setiap hari setiap orang pasti akan merasakan keadaan hati yang kurang menyenangkan yang membuatkan mereka rasa ingin marah, sedih dan kecewa. Keadaan ini lebih dikenali sebagai bad mood. Keadaan ini dapat menyebabkan seseorang merasa malas dan tidak fokus dalam menjalankan sesuatu aktivti harian. Ini berpunca dari emosi yang tidak dapat dikawal oleh seseorang individu sehingga terbawa dalam aktiviti seharian mereka. Untuk membaiki semula keadaan emosi yang sedang bad mood ini adalah dengan melakukan sesuatu yang mengembirakan hati(mood booster). Apa itu mood booster?

Apa itu mood booster?

Mood booster terdiri dari dua kata dalam bahasa Inggris, yang jika dimaksudkan secara harfiah, mood berarti perasaan atau suasana hati, sementara booster berarti pendorong atau penggalak. Jika digabung, mood booster adalah sesuatu yang dapat membuatkan anda kembali ceria, dan bersemangat lagi setelah mengalami kejadian yang buruk.

Jika anda sedang merasa memiliki mood yang buruk dan tidak bersemangat, mood booster ini boleh menjadi suatu perkara yang membuatkan anda kembali ceria dan bersemangat lagi.

Sebagai contoh, pagi hari di tempt kerja anda ditegur oleh orang orang atasan karena pekerjaan yang belum selesai. Hal ini tentu dapat menggubah keadaan anda semasa di tempat kerja dan menjadikan anda tidak bersemangat sepanjang di tempat kerja sehingga waktu habis kerja. Namun, semasa di pertengahan hari kerja anda, anda mendapatkan kiriman berupa coklat dari sahabat anda. Seketika, mood anda yang tadinya teruk karena dimarahi orang atasan, mulai membaik dan kembali ceria karena kiriman cokelat tadi dari sahabat anda.

Jadi, mana yang disebut sebagai mood booster? Jawapannya, cokelat atau sahabat yang mengirimkan? Boleh jadi salah satu atau bahkan kedua – duanya sekali yang menjadi mood booster anda pada hari itu.

 

Apa yang boleh dijadikan mood booster?

  1. Tidur pagi

 

Siapa sangka bahwa tidur pagi sebentar saat suasana hati sedang teruk dapat mengembalikan mood kembali ceria? Penelitian dari “Journal of Sleep Research” menemukan bahawa orang yang kurang tidur jadi lebih mudah beremosi dibandingkan dengan orang yang tidurnya cukup.

Selain itu, The National Sleep Foundation (NSF) mengatakan bahwa tidur sekejap pada waktu pagi dapat membantu meningkatkan mood atau keadaan hati, lebih focus dalam melakukan sesuatu aktiviti, dan semangat untuk melakukan pekerjaan.

NSF menyarankan, bila anda ingin meningkatkan mood anda semula, tidurlah selama 20 hingga 30 minit pada waktu pagi. Waktu tersebut cukup untuk menghilangkan lesu atau mengantuk dan mengembalikan mood yang ceria.

 

  1. Mendengar lagu kegemaran atau lagu semangat

Sebuah penelitian dari “British Journal of Psychiatry” mengatakan bahawa keadaan hati yang buruk boleh diatasi dengan mendengarkan lagu. Dalam penilitian ini telah menemukan orang yang berada dalam keadaan depresi dan melakukan perubatan dengan terapi lagu, ianya berhasil dan dapat sembuh lebih cepat daripada orang yang melakukan terapi biasa. Jadi, mendengar lagu disaat keadaan hati sedang teruk(bad mood) boleh dicuba untuk membaiki semula emosi serta meningkatkan mood anda semula.

 

  1. Jumpa orang tersayang

Anda boleh berjumpa dengan pasangan, adik beradik, sahabat atau bahkan ibu bapa anda untuk menghalau bad mood yang sedang melanda diri anda. Menemui orang yang kita sayang dapat menjadikan mood anda menjadi lebih baik.

Hasil penelitian yang melibatkan 60 000 orang ini juga mengatakan, bahawa memeluk dan menemui orang tersayang dapat menjadikan diri merasa dicintai dan lebih yakin bahawa semua urusan akan baik-baik saja.

Memeluk dan bertemu orang yang anda sayang juga dapat membaiki pernafasan menjadi lebih tenang dan tekanan darah turun. Tak lupa juga, hormon oksitosin (hormon bahagia) juga ikut muncul ketika anda bertemu orang yang anda sayang.

 

  1. Makan makanan kegemaran

Makan makanan kegemaran atau makanan yang sedap sering dijadikan mood booster bagi orang yang sedang bad mood. Untuk membantu meningkatkan suasana hati, anda boleh cuba makan cokelat, sayur, dan buah. Kenapa cokelat? Sebab kandungan dalam cokelat mampu membuat tubuh mengeluarkan hormon endorfin dan serotonin. Kedua hormon ini akan mengurangi kecemasan dan tekanan, serta membantu keadaan hati menjadi lebih baik.

Selain itu, makan buah-buahan dan sayur-sayuran juga dapat meningkatkan kualiti tubuh dan minda. Pada sebuah penelitian terbaru, seramai 3 500 orang yang dipublikasikan dalam “British Journal of Psychiatry” menunjukkan bahwa orang yang makan sayur-sayuran lebih jarang terkena masalah tekanan.

 

  1. Berbual dan meluahkan dengan kawan atau keluarga

Bila sedang mengalami bad mood, sebaiknya pergilah bersosial dengan cara berbincang atau meluahkan. Menceritakan hal yang membuat anda tidak bersemangat atau sedih dapat menjadi salah satu cara untuk mengembalikan mood anda. Dengan bercerita, setidaknya anda tidak memendam kekesalan yang dirasai oelh diri sendiri. Jangan takut untuk menelefon, chat, atau bahkan video call dengan sahabat atau keluarga ketika anda sedang dilanda bad mood.

 

 

credit: https://hellosehat.com/mental/stres/5-mood-booster-atasi-bad-mood/

Leave a Reply