Skip to main content
sarapan
“Apa aku nak bagi anak aku makan sebelum pergi sekolah ni?”
Sarapan adalah waktu makan yang sangat penting khususnya untuk anak-anak yang bersekolah. Takkanlah nak biarkan perut mereka kosong dan lapar sahaja kan sebelum memulakan pembelajaran? Jadi, amat penting untuk para ibu untuk menyediakan sarapan yang sedap dan sihat untuk anak-anak yang memulakan persekolahan pada waktu pagi tu. Jom cuba 5 idea sarapan ini untuk santapan si manja!

1. CUCUR BILIS

sarapan
Rasa macam balik kampung kan? Menjadi salah satu menu tradisional kegemaran ramai, cucur ikan bilis adalah menu yang sesuai untuk dijadikan menu sarapan anak-anak sebelum ke sekolah. Selain itu, kalau anda mahukan cucur ikan bilis ini pedas sedikit, boleh tambah kandungan cili di dalam adunan tu!
Resipi cucur bilis click disini.

2. SALAD TELUR HANCUR

sarapan
Bukan sahaja sedap, salad telur hancur ini juga adalah menu sarapan yang sihat untuk anak-anak ke sekolah. Kandungan telur yang kaya dengan Omega-3, mampu untuk menahan perut anak-anak dari lapar sampai waktu rehat. Kalau nak tambah bebola ayam atau ikan pun sesuai juga untuk mempelbagaikan selera salad.
Resipi salad telur hancur klik disini.

3. ROTI TELUR

sarapan

Ini adalah antara menu yang paling mudah untuk dibuat oleh ibu yang bekerja atau tidak bekerja. Bukan itu sahaja, sajian sarapan roti telur juga mampu mengenyangkan perut anak yang berada di sekolah. Bukan sebagai menu sarapan sahaja, roti telur ini juga sesuai untuk dijadikan makanan bekal untuk mereka.

Resipi roti telur klik disini.

4. DONUT BERGULA

sarapan

Kalau ada dalam kalangan ibu yang rajin untuk membuat donut, memang anak-anak akan gembira! Donut merupakan antara kuih-muih yang sesuai untuk dijadikan santapan sarapan buat si anak. Mudah sahaja, nak makan dalam kereta pun boleh kerana donut ini adalah menu yang sangat praktikal!

Resipi donut bergula klik disini.

5. BUBUR OAT AYAM

sarapan

Untuk anda yang sangat mementingkan kesihatan anak-anak, jom buat bubur oat ayam ini sebagai sarapan anak sebelum ke sekolah. Ternyata oat sememangnya dapat mengenyangkan perut mereka ketika berada di sekolah. Bukan hanya oat yang bosan, bubur oat yang sudah diolah dan ditambah ayam ini pasti membangkitkan selera anak-anak.

Resipi bubur oat ayam klik disini.

6. M3C (Int3Tree)

sarapan

M3C Membantu Anak-anak Anda Fokus Dan Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Bahan-bahan Yang Berkualiti Tinggi Untuk Membantu Tumbesaran Anak Anda.

M3c Kini Dengan 14 Bahan-bahan Pilihan Terbaik Dengan 2 Bahan Baharu Iaitu Vitamin C Dan Kolustrum Untuk Memberikan Tenaga Serta Meningkatkan Daya Fikir Anak Dan Pelajar Yang Mempunyai Clinical Study Dan Telah Meraih Pelbagai Anugerah Sehingga Ke Peringkat Asia Pasifik.M3c Adalah Makanan Bernutrisi Yang Tak Perlu Dibancuh Dengan Air Kerna Ia Berbentuk Serbuk Halus Dan Dipaketkan Ke Dalam Sachet, Hanya Tuang Dan Kemam Sehingga Serbuk M3c Larut Sepenuhnya. Selesai !! Mudah Kan ?Dengan Nutrisi Yang Lengkap Dalam Pemakanan Harian Mereka Pasti Kecergasan Mereka Lebih Hebat Dan Mampu Fokus Ketika Belajar

Boleh dapatkan produk M3C disini.

 

Berminat untuk membaca lebih banyak artikal boleh la click di sini.

Leave a Reply