Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu beremosi dan berasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit emosi ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun. Kemurungan adalah masalah emosi yang serius dan boleh meningkatkan risiko menyendiri ataupun lebih parah lagi mengakibatkan tekanan perasaan yang akan dibawa sehingga dewasa dan juga boleh mengakibatkan bunuh diri.
Apakah Tanda-tanda anak mengalami emosi kemurungan
Perubahan boleh ditunjukkan dalam diri anak :-
Masalah Kelakuan
- Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan
- Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan
- Terpinggir / terasing
- Marah dan suka bermusuh
- Hubungan yang tegang
- Kerapkali tidak hadir ke sekolah
- Hendak lari dari rumah
- Kelakuan yang merosakkan diri sendiri
Masalah Perubahan Fizikal
- Kurang tahap tenaga kecerdasan
- Perubahanan masa tidur atau makan
- Masalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya
- Perubahan berat badan
Bilakah anak anda perlukan bantuan
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan apabila:
- Kanak-kanak itu kelihatan tidak gembira dan rasa rendah diri
- Kanak-kanak mengalami ketidak seronokan yang berterusan
- Gangguan perasaan emosi dalam aktiviti harian
Bolehkah kemurungan membawa kepada masalah lain
- Gangguan dalam proses tumbesaran
- Gangguan dalam fungsi seperti:
- Proses pembelajaran
- Menjalin perhubungan dengan ahli keluarga yang lain, rakan-rakan atau guru-guru
- Masalah gangguan tingkah laku yang serius
- Penyalahgunaan untuk keselesaan seperti merokok, mengambil minuman keras, dadah
- Mencederakan diri sendiri
- Risiko membunuh diri