Skip to main content

Tak kiralah anak lelaki mahupun perempuan mendapat banyak manfaat daripada kehadiran seorang ayah yang betul-betul ‘involved’ dalam urusan keluarga.

Lebih ramai yang mengatakan dan menceritakan tentang ibu berbanding ayah. Ini ditambah lagi watak ayah seorang yang pendiam dalam keluarga.

Malah, kajian yang dilaporkan melalui sebuah artikel dari laman web Fatherly telah membuktikan bahawa kehadiran susuk seorang ayah yang aktif sebegini menjadikan anak-anak kurang berisiko terhadap kes ‘dropout‘ di sekolah, masalah obesiti, serta gangguan mental.

Menariknya, ahli psikologi turut menekankan bahawa anak lelaki yang berusia 2 tahun sangat perlukan ayah mereka dalam fasa ‘terrible two’ ini.

Kenapa agaknya ya? Ini sebabnya.

 

3 SEBAB KENAPA ANAK LELAKI  SANGAT PERLUKAN AYAH DALAM FASA ‘TERRIBLE TWO’

 

1. BELAJAR KAWAL EMOSI

 

ayah

Usia 2 tahun ini dikatakan kritikal bagi seorang ayah untuk lebih rapat dengan anak lelaki mereka kerana dalam tempoh ini anak lelaki belajar mengawal dorongan emosi dengan mencontohi ayah mereka. Kawalan emosi amat penting supaya mereka tidak menjadi agresif dan kasar.

 

2. MENYALURKAN TENAGA SECARA POSITIF

 

ayah

Paul Golding, ahli psikologi dan Pengarah Eksekutif di Santa Fe Boys Educational Foundation berkata bahawa ‘rough play’ antara anak lelaki dengan ayah adalah antara cara yang baik untuk menyalurkan tenaga mereka ketika ini. Ini menguatkan lagi jawapan bahawa anak lelaki sangat memerlukan ayah.

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa anak perempuan yang dilahirkan dengan hormon testosteron yang tinggi dan berkelakuan agresif juga mendapat banyak manfaat melalui aktiviti ‘rough play’ dengan ayah mereka.

 

3. ANAK LELAKI LEBIH ‘SENSITIF’ BERBANDING APA YANG KITA SANGKA

ayah

 

Malah, semakin banyak pemerhatian serta kajian oleh pakar, termasuk salah satu dari Journal of Infant Mental Health mendapati bahawa anak lelaki lebih terkesan terhadap pengabaian, tindakan salah laku, serta faktor biologi yang boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

Sesetengah pakar juga mengesyaki bahawa teori ini mempunyai perkaitan terhadap perbezaan perkembangan otak lelaki dan perempuan, di mana kadar autisme, ADHD, schizophrenia antaranya adalah lebih tinggi di kalangan kaum lelaki.

 

AYAH ADALAH ROLE MODEL YANG PENTING BAGI ANAK-ANAK

ayah

 

Begitulah kepentingan sosok seorang ayah atau apa yang orang kata ‘father figure’ pada anak-anak, terutamanya anak lelaki – secara spesifiknya pada usia 2 tahun.

Namun, bukanlah semua anak mempunyai ayah dan ada yang dibesarkan oleh ibu tunggal. Adakah ini bermaksud mereka akan mengalami kerugian?

Tidak juga, ini kerana pakar menjelaskan bahawa sesiapa saja yang menggalas tugas sebagai ‘ayah’ – contohnya ibu, guru, pakcik atau abang yang menunjukkan contoh yang baik tentu sekali akan tetap memberi kesan positif terhadap perkembangan mental emosi mereka.

Pokok pangkalnya, jangan kita ingat anak lelaki yang lasak dari segi luarannya juga ‘lasak’ dalamannya. Lebih-lebih lagi fasa umur 2 tahun, di mana mereka tengah ligat, aktif, dan belajar nak cuba macam-macam perkara.

Melalui penjelasan ahli psikologi ini, fahamlah kita yang akhlak dan tindak-tanduk anak, terutamanya anak lelaki amat dipengaruhi dengan kehadiran seorang ayah yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan tingkah laku serta masa depan mereka.

Jadi, tidak boleh disangkal lagi bahawa anak lelaki sangat memerlukan ayah!

 

Berminat untuk membaca lebih banyak artikal boleh la click di sini.

Leave a Reply