Skip to main content

AIDA

Dalam proses Pemasaran kita ada satu Teknik Funnel yang dinamakan sebagai AIDA. Teknik ini perlu dilakukan daripada atas ke bawah. Setiap langkah mempunyai objektif tertentu untuk dicapai.

ATTENTION

Fasa pertama adalah Attention. Objektif fasa ini adalah untuk membuat orang bertanya mengenai produk. Jika kita gagal, kita sudah kehilangan mereka yang berpotensi menjadi pelanggan. Hal ini kerana, kita tidak dapat databased dan tidak mengetahui produk apa yang diperlukan oleh potensi pelanggan tersebut.

Kebanyakkan katalog yang diberikan oleh Int3tree tidak mempunyai harga untuk memberikan tujuan kepada potensi pelanggan untuk bertanya mengenai harga produk tersebut. Ini membolehkan kita menerangkan mengenai produk tersebut dan mendapatkan data mereka.

Teruskan follow post seterusnya untuk #tipsbisnes dari INT3TREE

 

Leave a Reply