Skip to main content

Apakah model AIDA?

            Kita buat marketing atau pemasaran berdasarkan model AIDA.  Model AIDA merujuk kepada proses bagi setiap kelakuan / kognitif pelanggan masa mereka beli sesuatu produk/perkhidmatan.  Bermula daripada mereka berniat nak membeli, sehinggalah mereka selesai membuat pembelian. Jadi, apa yang pelanggan fikir dan buat untuk pilih dan beli sesuatu produk, kita bantu mereka pada setiap proses dengan kaedah marketing yang bersesuaian berdasarkan proses tersebut.

 

 

Awareness(kesedaran) = Pelanggan mula sedar kewujudan produk/perkhidmatan dan tertarik nak beli

 

Kita bina brand awareness untuk perkenalkan produk dan pengeluar produk/perkhidmatan kepada semua orang.  Kita beri tahu kepada mereka kewujudan kita dan produk yang dipasarkan. Sebagai contoh, kita bina Facebook page dan pos tips berkaitan “penguntingan” rambut (jika kita menawarkan khidmat gunting rambut).  Style-style rupa bentuk muka bumi rambut yang terkini dan trendy. Selain itu juga, kita boleh buat Facbook Advertising.  Pos juga video pendek menarik untuk tarik perhatian.  kalau boleh viralkan lagi cantik. Iklan yang singkat dan padat, serta visual iklan yang menarik adalah dua perkara paling penting dalam pemasaran digital bagi menarik perhatian semua orang yang melihat dan dapat info dari iklan tersebut.

 

Interest(minat) = Dah mula minat.  Mula ambil tahu tentang produk/perkhidmatan, ciri-ciri, benefit dan sebagainya

 

Menarik minat pengguna dengan highlight ciri-ciri produk, benefit dan kelebihan produk.  Maklumat yang diberikan cukup untuk pengguna berminat untuk tahu lebih lanjut tentang produk. Pos juga di facebook tentang style rupabentuk muka bumi rambut yang terkini dan trendy.  Style rambut artis-artis terkemuka kasik orang berminat.  Apa je tips yang berkaitan dengan rambut boleh pos.  Pos juga apa yang kedai gunting kita boleh buat.  Buat mereka minat nak gunting rambut kat kedai kita ni.

Bagi syarikat yang menggunakan teknik pemasaran dalam talian, peringkat minat, adalah sangat kritikal. Ini terutamanya mengetahui dan menghormati dengan tepat apa yang pengguna inginkan. Terdapat beberapa peraturan asas yang terlibat dalam perkara ini juga.

penting untuk mengetahui dengan tepat siapa peminat yang sebenarnya. Selepas itu, ia mesti ditubuhkan apa sebenarnya permintaan mereka. Pelbagai teknik disediakan untuk ini. Sebagai contoh, perisian kualitatif tersedia untuk mengukur dan bertanya kepada pelawat apa yang mereka mahukan.

 

Desire(keinginan) = Lebih dari minat. Betul-betul teringin nak beli.  Dah dapat imagine mereka dah beli pun.

 

Beberapa perkara juga penting dalam fasa ini. Pertama sekali pelawat perlu berasa dihargai. Maklumat yang diberikan mesti meyakinkan orang bahawa iklan yang kita lakukan mempunyai semua yang mereka cari. Jika mereka yakin bahawa kesan produk adalah benar dan berkesan, maka banyak yang boleh diperolehi semasa fasa ini.

Lebih cantik jika kita bina emotional connection terhadap produk.  Orang selalunya membeli berdasarkan faktor emosi.  Faktor kehendak.  Bukan keperluan sangat pun.  Kemudian masukan testimoni orang yang dah gunting rambut di cawangan kita yang lain.  “Gunting 5 minit dah siap.  Tak sakit tengkuk sebab teleng kepala kejap je!”, macam nilah contoh.  Kalau ada artis pernah gunting rambut, upload gambar dia!  Buat promosi pembukaan.  Buat membership.  Potong 10 kali free 1x.  Yang ni lebih dari minat!  Minat nak rambut sama macam artis pujaan ati dia ni.

 

Action(tindakan) = Buat tindakan.  Pergi kedai dan beli.  Tekan button checkout dan bayar!

 

Tugas seterusnya ialah meyakinkan mereka untuk mereka dapatkan produk dengan kita. Beri arahan untuk pengguna buat tindakan.  Tak kiralah lah. Suruh beli.  Suruh telefon, download brochure, klik link wasap untuk mereka dapat maklumat lanjut.  Kita layan dengan teknik close sale.  Boleh juga suruh klik link terus ke Shopee & Lazada.  Suruh ambil tindakan.  Dalam posting ada CTA – Call to Action.  Datang sekarang!  Telefon sekarang! WhatsApp sekarang! Klik link untuk maklumat lanjut.  Klik link untuk nak gunting rambut dan lain-lain.

 

Leave a Reply