Skip to main content
batik

Siapa boleh menahan keenakan hidangan kek batik yang lembut lagi rangup dan coklat yang mencair sebaik sahaja dimasukkan ke dalam mulut. Bagi orang Malaysia yang masih keliru, pemanis mulut ini adalah campuran coklat dengan biskut marie yang disejukkan. Ia merupakan juadah yang senang dihasilkan bagi memenuhi keinginan untuk makan makanan manis bercoklat. Resepi kek batik ini hanya memerlukan 4 bahan yang ringkas, termasuklah serbuk AEX-3C, mudah untuk dihidangkan pada bila-bila masa. Inilah cara nak buat resepi kek batik AEX-3C dengan mudah di rumah untuk Resepi Kek Batik 4 Bahan Instant By AEX-3C

Resepi kali ini, Mira nak kongsikan dengan anda semua satu cara mudah nak masak kek batik. Kek batik yang ini sangat special sebab ia menggunakan bahan istimewa dari Int3tree iaitu serbuk coklat premium Aex-3c. Rasa serbuk coklat ini sangat berbeza dengan serbuk dari jenama lain, rasa coklat premium dapat dirasakan setelah menggunakannya dan akan membangkitkan aroma yang menusuk jiwa untuk menikmatinya. Bahan penyediaan juga tidak banyak hanya buttercup, susu pekat, serbuk coklat Aex-3c dan biskut Marie gold. Kenapa Mira pakai biskut Marie gold ya? Sebab yang biskut ni dia punya texture sangat berbeza dengan biskut marie yang biasa. Texture dia yang rangup dan tak mudah pecah bila dimasak. Ia akan memudahkan Mira untuk hidangkan santapan ini pada kawan-kawan Mira. Kerangupan biskut Marie Gold ini akan memecahkan selera sesiapa saja yang menikmati kek batik ini dan pastinya menimbulkan mood yang ceria setelah membuat gigitan pertama.

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

5 minit
15 minit
20 minit

Resepi Oleh

Jumlah Hidangan

Mira
10 orang

Bahan – bahan

  • 3 peket besar biskut Marie – patahkan empatbatik

  • 1½ butterbatik

  • 1 tin susu pekat manis

  • batik2½ cawan mug serbuk AEX-3C Coklat Kilobatik

CARA MEMASAK:

  1. Patahkan empat biskut Marie Gold

  2. Masukkan 1½ butter dan cairkan dalam periuk dengan api sederhana, masukkan 1 tin susu dan gaulkan.

  3. Setelah sebati masukkan pula serbuk koko AEX-3C dan gaul sehingga sebati. (Jangan nampak berketul)

  4. Akhir sekali masukkan biskut marie dan gaulkan.

  5. Tuangkan semuanya ke dalam bekas dan tekan supaya mampat.

  6. Biarkan sejuk dan boleh terus dihidang.

Video Memasak

Bagi yang berminat untuk membeli AEX-3C atau produk produk Int3Tree bolehlah klik disini.

Leave a Reply