Skip to main content

Stadium Al Thumama yang dibina di Doha mempunyai rekabentuk yang unik kerana mengambil inspirasi dari kopiah. Keseluruhan bumbung melindungi tempat duduk penonton dengan terdapat sebuah oculus bulat di bahagian tengah. Bahagian sisi dindingnya pula mempunyai rongga seakan anyaman kopiah bagi tujuan pengudaraan untuk mengelakkan ruang dalaman stadium memanas. Terdapat juga sistem penyaman udara dan kipas tambahan bagi memastikan lagi tiada isu seperti strok haba di kalangan 40,000 penonton kelak.

Leave a Reply