Skip to main content

Piawaian selular generasi baharu telah muncul kira-kira setiap selang 10 tahun sejak sistem 1G diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an. Setiap generasi dicirikan oleh jalur frekuensi baharu, kadar data yang lebih tinggi dan teknologi penghantaran yang tidak serasi mengikut setiap rangkaian.

 

Apakah keistimewaan rangkaian 5G?

 

  1. Frekuensi

Rangkaian 5G menggunakan gelombang radio frekuensi lebih tinggi sebagai tambahan kepada frekuensi jalur rendah dan sederhana yang digunakan dalam rangkaian selular digital sebelumnya. Rangkaian 5G beroperasi sehingga tiga jalur frekuensi – rendah, sederhana dan tinggi. 5G boleh menyokong sehingga satu juta peranti setiap kilometer persegi, manakala 4G hanya menyokong satu persepuluh daripada kapasiti itu. Isyarat frekuensi lebih tinggi mempunyai julat fizikal berguna yang lebih pendek, memerlukan sel geografi yang lebih kecil.

 

  1. Kadar ralat

5G menggunakan skema modulasi dan pengekodan adaptif (MCS) untuk memastikan kadar ralat bit sangat rendah. Apabila kadar ralat melepasi ambang (sangat rendah), pemancar akan bertukar kepada MCS yang lebih rendah, yang akan kurang terdedah kepada ralat. Dengan cara ini kelajuan capaian internet akan dikorbankan untuk memastikan kadar ralat hampir sifar.

 

  1. Kelajuan rangkaian

5G boleh dilaksanakan dalam jalur rendah gelombang milimeter, jalur pertengahan atau jalur tinggi dengan frekuensi antara 24 hingga 54 GHz. 5G jalur rendah menggunakan julat frekuensi yang sama dengan telefon bimbit 4G, iaitu 600–900 MHz dimana ianya mampu menghasilkan kelajuan muat turun lebih pantas berbanding rangkaian 4G iaitu 30–250 megabit sesaat (Mbit/s). Julat dan kawasan liputan menara sel jalur rendah adalah sama seperti menara 4G. 5G jalur tengah menggunakan gelombang mikro dengan frekuensi antara 2.3 hingga 4.7 GHz, membolehkan kelajuan antara 100 hingga 900 Mbit/s, dengan setiap menara sel menyediakan perkhidmatan dalam jarak beberapa kilometer antara satu sama lain.

 

  1. Harga internet lebih murah

Pengguna di Malaysia dijangka dapat menikmati data internet pada harga lebih rendah apabila teknologi rangkaian tanpa wayar generasi kelima (5G) dilancarkan.

KUALA LUMPUR – Pengguna di Malaysia dijangka dapat menikmati data internet pada harga lebih rendah apabila teknologi rangkaian tanpa wayar generasi kelima (5G) dilancarkan pertengahan bulan hadapan.

Syarikat tujuan khas (SPV) milik kerajaan, Digital Nasional Berhad (DNB), membangunkan teknologi 5G itu menggunakan Rangkaian Borong Tunggal atau Single Wholesale Network, sekali gus dapat menawarkan harga borong kepada syarikat telekomunikasi bagi setiap gigabait data pada harga lebih rendah berbanding kos 4G semasa.

Ketua Pegawai Komersial DNB, Ahmad Taufek Omar berkata, harga perkhidmatan yang dibayar pengguna kepada syarikat telekomunikasi bakal menjadi lebih rendah kerana pendekatan yang diambil adalah menggunakan kemudahan infrastruktur sedia ada termasuk menara telekomunikasi.

Kita jangkakan lebih 90 peratus menara telekomunikasi yang akan diguna tidak perlu dibina sebaliknya kita akan sewa daripada syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Digi,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian.

Kos perkhidmatan teknologi 5G itu juga menjadi lebih rendah dengan penggunaan teknologi pemancar terkini, Multi-Operator Core Network (MOCN) yang membolehkan satu antena di mana-mana menara telekomunikasi dikongsi oleh banyak syarikat telekomunikasi pada satu-satu masa. Infrastruktur Situasi itu katanya, turut menjadikan kos lebih efektif yang akhirnya akan dapat dinikmati keseluruhan rakyat.

 

Menurut Ahmad Taufek, pihaknya akan membangunkan sebanyak 500 buah menara telekomunikasi sebelum akhir tahun ini secara bersama dengan syarikat telekomunikasi lain.

Dengan peningkatan itu ia akan memberi liputan kepada kira-kira 80 peratus kawasan berpenduduk di negara ini menjelang akhir 2024,” ujarnya.Teknologi 4G sebelum ini mengambil masa lebih enam tahun untuk mencatat liputan yang sama.

 

Mengulas lanjut, Ahmad Taufek berkata, menerusi 500 menara telekomunikasi yang dibangunkan buat permulaan, ia akan memberi liputan populasi di kawasan Putrajaya, Cyberjaya dan sebahagian Kuala Lumpur.

Menurutnya, di bawah pelaksanaan 5G, DNB yang menerima spektrum 5G daripada kerajaan akan menyampaikan khidmat 5G secara borong kepada syarikat atau operator telekomunikasi pada kadar yang telus dan berdaya saing.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi DNB, Ken Tan berkata, menerusi penggunaan teknologi MOCN, rangkaian perkhidmatan 5G lebih dinamik dan boleh dikongsi semua syarikat telekomunikasi.

Ia membolehkan kami menawarkan perkhidmatan 5G dengan lebih efisien”.

Dari segi kosnya pula ia lebih murah berbanding perkhidmatan rangkaian 4G,” kata Ken.

Ujar beliau, melalui usaha yang dilakukan kerajaan itu, Malaysia dijangka menduduki tangga kedua selepas Singapura sebagai peneraju kebolehhubungan teknologi 5G di rantau ASEAN menjelang akhir 2024.Tambahnya, sektor pendidikan dan sistem penjagaan kesihatan akan paling banyak mendapat manfaat daripada penggunaan teknologi 5G susulan.

Ekoran pandemik Covid-19, wujud teknologi teleperubatan di mana orang ramai tidak perlu ke klinik untuk berjumpa doktor kerana ia boleh dilakukan menerusi alam maya”.

Dari segi pendidikan pula, ia membantu pelajar mengakses bahan pembelajaran bagi pembelajaran generasi akan datang,” ujarnya.

 

https://premium.sinarharian.com.my/article/153956/fokus/semasa/harga-internet-lebih-murah

Leave a Reply